Thursday, October 21, 2010

anak lelaki mak yg bongsu~!


mcm biasa.
sudah 2.38 pagi, tak bole tido, perut pon lapo!

pagi nie ade kls pukul 9.30. tp xnk pg la, HAHA.

ckp pasal lapo, tetibe rase nk makan kari mak.
hahahaha, sungguh cheq rindu sgt dgn kari mak!
dulu mase kat umah, selalu mak dok masak kari.
hari hari kari, kari kari hari hari.
pastu dok komplen la mak nie xde bnda len ke nak masak?
asyik asyik kari.. HAHA
ha dah 2 skang? tau plak ko kebuloq kari mak hg kan?
padan la dgn muka hang, HAHA

cettt, tnggu next week cheq balik.
bukan takat kari, daun2 kari pon ko cekik la puas2 !

mak, nie nk bg tau.
susu kambing yg mak beli suh org minum tue.
org xminum pon lagik. ngehehehehehehe.
konon konon utk ubat gastrik.
tp alhamdulillah gastrik xkacau org dah skang.
so, xpayah minum la ek? HAHA

mak, satu lagik.
broadband dah dua bulan tak bayaq.
ini pun lembab cm siput babih.
kachinggggg, nak duit, nak duit !
ala, nnt kat umah mak gak yg nk tgk youtube kan?
nak amik resipi masakan katanya.
so?? huloq la sket.. HAHAHA

satu lagik before org lupa.
next week org nak balik umah. study week.
tp org xnk lekat kat umah, sbb dah bnyak plan nk merayap neh.
xpe ke? klw mak tau, konfem mak tak kasik org balik kan?
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! bukan selalu.. tp hari hari, hiks ;p

so mak.
hari 1st org balik, mak kena masak ikan keli msak cabai, wajib yer.
hari kedua, nak makan kari kepala ikan dgn salad cecah sambal nyoq.
hari ketiga, lala masak ape bnda ntah yg pedas2 tue.
hari keempat, nak makan tempoyak. xkire musim ke tak, nk jugak!
hari kelima, erm ape erk. ha, ikan keli bakar la.
hari keenam, nak kari balik. ikan ape2 pon bole, janji kari !
hari ketujuh, nk makan tempoyak lagik. xkire, xkire !

agak agak mak aku bace tak blog neh?
hehehe, kalau bace, mampos aku!

sebenarnya, org rindu mak. HUHU
doakan org utk final kali nie, mcm sem sem lepas.
tujuannya tetap satu.
utk mak, dgn abah.
sayang kalian :)

tnggu org balik yer next week !


ini mak aku.
klw nak kawen dgn aku, kena pndai masak.
mcm mak aku !

Tuesday, October 12, 2010

fairy tale~



sudah pukul 2.53 pagi.
tp mata aku still segar bugar.
hmm ntah bila penyakit insomnia neh nk hilang.
so disebabkan bosan dan roomate tersayang pn dah lama lena.
rasa mcm ade cite nk di share kan kat sni.
hehehe.

ramai org ckp aku bertuah.
aku pun tak tau ape maksud sebenar dorang.
nak kata aku anak dato, tak jugak.
nak kata aku bekas suami bunga citra lestari, pon tak jugak.
haih, pening pening.

org cakap muka aku bole buat duit. hahaha
igt muke aku kertas yg org buat duit 2 ke? lols.
org ckp aku mesti selalu happy, bahagia.
oh mesti ke? marilah try sehari jadi saya.
org ckp aku senang nk itu, nak ini. sume dapat.
mak dan abah aku tak pernah manjakan aku sebegitu.
org ckp aku pandai, hafal teori mcm hafal lagu siti. lols lagik. haha

tadi mase aku otw nk pegy kelas.
ade org tegur, 'eh muke awk mcm along raja lawak lah'.
haha lawaknya.
terus balik aku google carik muke along raja lawak.
xsame pon? lol !
actually dah bnyak kali aku dgr gosip2 seperti ini.
sudah, dia dah start bajet ! lalalalalalalala

aku hnya insan biasa yg kadang2 pegy kelas pon terlupe nk pakai underwear.
damn, bole cmtue? HAHA
aku akui hidup aku agak tunggang langgang setahun kebelakang.
tp aku anggap itu sume cabaran anak seni. sudah, die dah start balik.
HAHA cabaran sbg manusia.
aku tak pernah kecewa dgn apa jugak yg datang.
cuma apa yg bole aku ckp, sume orang ade waktu yg sukar utk mereka lalui.
kehebatan di luar tidak sama dgn apa yg ada di dalam.
betul kan?

dan aku akan terus mencuba utk terus kehadapan
tanpa menoleh ke belakang lagik.
setiap dugaan yg datang akan mematangkan kita.
wlwpun ade yg anggap kita tak matang disebabkan sedikit kesilapan yg
kita pernah lakukan.
bagi aku, tahap pemikiran seseorang itu sebenarnya penanda aras
bagi kematangan seseorang.

till the fingers meet the keyboard again, nanyte fellas!




'it was a fairy tale'













Sunday, October 3, 2010

semusim


begitu cepat masa menginjak.
begitu pantas masa meninggalkan aku.
oktober kini menjengah, meninggalkan september yg penuh dgn kepahitan.
pergi sudah Lee Suan Tin @ Jariah Bt Abdullah menemui Penciptanya.
selamat jalan buat nenek yg disayangi, wlwpun tak sempat menatap wajahmu buat kali yg terakhir, namun doaku sentiasa bersamamu di sana, Al-Fatihah.

oktober kini di awalan.
memaknakan bahawa musim sejuk sudah mula mengambil tempat.
hujan akan setia membasahi segenap isi bumi, sesetianya.
angin akan sentiasa melempari senyuman paling ihklas bg penunggunya.
dan jika kesemuanya mmbawa maksud kesedihan.
berdosakah aku?

layang layang kini kembali ke arah di mana ianya bermula.
di mana titik yg mmbawanya terbang menangkis setiap cercaan angin.
meski ianya telah berubah segenap rupa, namun tmpat jatuh lagikan dikenang.

oktober, november, disember.
akan mampukah aku melaluinya.
atau segalanya akan seperti lewat angin musim sejuk yg dahulu.

kekuatan yg dibina atas rasa kecewa kadang2 mmpu dibuat azimat.
sungguh, aku melaluinya dgn penuh harapan.
dgn penuh semangat.
dgn penuh kekecewaan.
dan itu juga lah yg mmbawa aku ke sini lagi hari ini.

membuai angin yg agaknya sudah jauh mninggalkan penunggunya di sini.

dan aku mengerti.
lewat musim sejuk kali ini.
aku tidak akan biarkan bisa sejuknya menggigit tulang ini sekali lagi.

kembalilah angin.
buailah aku ke sana lagi.