Sunday, October 3, 2010

semusim


begitu cepat masa menginjak.
begitu pantas masa meninggalkan aku.
oktober kini menjengah, meninggalkan september yg penuh dgn kepahitan.
pergi sudah Lee Suan Tin @ Jariah Bt Abdullah menemui Penciptanya.
selamat jalan buat nenek yg disayangi, wlwpun tak sempat menatap wajahmu buat kali yg terakhir, namun doaku sentiasa bersamamu di sana, Al-Fatihah.

oktober kini di awalan.
memaknakan bahawa musim sejuk sudah mula mengambil tempat.
hujan akan setia membasahi segenap isi bumi, sesetianya.
angin akan sentiasa melempari senyuman paling ihklas bg penunggunya.
dan jika kesemuanya mmbawa maksud kesedihan.
berdosakah aku?

layang layang kini kembali ke arah di mana ianya bermula.
di mana titik yg mmbawanya terbang menangkis setiap cercaan angin.
meski ianya telah berubah segenap rupa, namun tmpat jatuh lagikan dikenang.

oktober, november, disember.
akan mampukah aku melaluinya.
atau segalanya akan seperti lewat angin musim sejuk yg dahulu.

kekuatan yg dibina atas rasa kecewa kadang2 mmpu dibuat azimat.
sungguh, aku melaluinya dgn penuh harapan.
dgn penuh semangat.
dgn penuh kekecewaan.
dan itu juga lah yg mmbawa aku ke sini lagi hari ini.

membuai angin yg agaknya sudah jauh mninggalkan penunggunya di sini.

dan aku mengerti.
lewat musim sejuk kali ini.
aku tidak akan biarkan bisa sejuknya menggigit tulang ini sekali lagi.

kembalilah angin.
buailah aku ke sana lagi.



No comments: