Wednesday, November 17, 2010

Rindu Yang Pergi~


17 November 2009. 4.45 PM. Via Yahoo Massenger.

' saya rasa lebih baik kita jadi kawan'
'tp kenapa? apa salah saya ?'
'ntah laa awk, kita mcm tak sesuai, kita jauh. lagipun.. '
'awk tau kan saya syg awk ?'
'yerr, saya tauu . tp lebih baik saya bg tau awk sebelum kita pergi lebih jauh'.
'napa awk buat saya mcm nie ? awk tau kan ...'

aku balikk bilik, hujan turun dgn sgt lebatt .
sama mcm lebatnya hujan yg turun dlm hati akuu .
aku takk tauu nk ckp apa. sedih, kecewa, terkilan. semua adaa .
kenapa, setelah impian dibaja cukup indah, tp pengakhirannya begini ?
dan aku sedar. aku kehilangan semuanya. semuanyaa pada hari ituu .
sejak hari ituu, aku tak suka hujan. hujan seolah olah menggambarkan kesedihan yg teramat sgt.
dan aku berharap November tidak akan dtg lagi dlm hidup aku.

17 November 2010. 5.30 AM .

tp aku sedar. takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang .
November masih setia seperti biasa. Hujan jugak hari hari mencurah ke bumi .
aku masih di sini , masih mengharapkan November yg dulu tak pernah wujud .
namun ia hadir jua seperti biasaa . masih terbayang suatu titik kesedihan yg begitu mencengkam jiwa.
setahun sudah berlalu. air mata mampu dikesat. senyuman kembali terukir .
bukan mudah, namun saki baki kekuatan yg ada begitu berharga.

sayup sayup takbir bergema.
menandakan Subuh Aidiladha menjelma sudah .
di hari yg mulia ini, ku doakan kau yg bernama kenangan bahagia nun jauh di sana bersama org2 yg menyayangimu .
dan doakan aku juga mampu bahagia bersama si dia yg kini mengisi ruang kosong yg ditinggalkan.

dan buat si diaa yg mengisi hati di kala ini.
terima kasih kerana sudi hadir.
ketahuilah yg hanya kamu kini yg berada di hati .
dan aku harapkan agar ikatan yg terbina ini akan kekal terjalin .
mahal naa mahal kitaa .

Selamat Hari Raya Aidiladha, pengorbanan adalah sesuatu yg mulia yg sebaik baik manusia mampu lakukan .



ArnabbMuncett <33

Tuesday, November 2, 2010

bukan cinta biasa~

bercakap soal hati dan perasaan mmg xkan pernah habis.
hati mahupun perasaan bukan sesuatu yg mudah utk dijangka.
hari ini mungkin kita akan tersenyum bahagia.
tp ada kemungkinan hari utk kita menangis akn tiba bila bila.

dan bg diri aku sendiri.
utk ditebak soal hati dan perasaan cukup mudah.
siapa yg tak kenal faer.
ya, aku akui aku selalu tak bernasib baik bila bercakap bab hati dan perasaan.
pengalaman pahit satu ketika dahulu masih segar dlm kotak pemikiran.
kekuatan yg terbina selama 20 tahun melayari kehidupan sbg seorang manusia akhirnya tumbang juga dek kerana penangan soal hati dan perasaan.
bukan mudah menerima hakikat bahawa cinta yg terbaja indah cuma khayalan yg akhirnya memakan diri.
hari hari sepi yg dilalui bagaikan merentap seluruh kekuatan yg ada.
sungguh, ianya cukup sukar uk dilalui.
dan utk bangun semula bukan satu perkara yg mudah.
namun, sedikit demi sedikit kekuatan digubah.
dan mmg benar, masa merupakan penawar luka yg paling mujarab.

dan kini hampir setahun masa menginjak.
sudah setahun aku melalui detik itu.
yg pergi tetap pergi.
yg hilang pasti punya pengganti.
dan yg patah pasti akan ada tunas baru.

bukan mahu menidakkan.
namun, sbg seorang manusia biasa.
hakikat ini perlu diakui.

cinta datang pada yg percaya dgn kehadirannya.
aku tak pernah berdendam dgn cinta wlwpun aku pernah kecewa satu masa dahulu.
setiap hari aku bertekad utk memulakan balik semuanya.
namun, terkadang aku masih belum mampu.

menyayangi seseorang memerlukan kekuatan yg bukan sedikit.
kita perlu berkorban apa yg kita ada demi utk dia.
wlwpun terpaksa mengorbankan diri sndiri.
sbb bg aku, cinta itu suatu pengorbanan.

jujur, percaya dan ihklas.
ketiga tiga elemen ini perlu dlm setiap intrapersonal.
kadang kadang, cinta boleh membunuh kita.
dan kadang kadang juga, cinta mampu mematangkan.

dan aku tak mungkin menolak jika ianya hadir kembali.
cinta satu perasaan halus yg tumbuh dlm segenap jiwa manusia.
cuma yg mmbezakannya, utk siapa ia diterjemahkan.

satu terjemahan yg tulus ikhlas adalah lambang sebuah cinta yg betul2 tulus.
mmpermainkan perasaan insan lain samalah juga seperti mmpermainkan cinta.
namun aku memahami, dunia ini satu permainan karma.
yg berada di atas, tidak akan qiam selamanya.
dan yg di bawah, tidak semestinya akan terus mendongak.
bumi kita berputar, jam kita berpusing .
begitu juga hukum alam. semuanya bergerak pada paksinya.

dan aku juga yakin.
setiap keikhlasan kita akan menerima ganjaran yg bukan sedikit.
dan begitu jugak sebaliknya.

dan aku kini bersedia.
untuk mengharungi sekali lagi detik itu.
wlwpun pengakhirannya nnt belum tentu bagaimana.
tp aku percaya dengan satu perkara.

keikhlasan :)



bukan cinta biasa~