Tuesday, November 2, 2010

bukan cinta biasa~

bercakap soal hati dan perasaan mmg xkan pernah habis.
hati mahupun perasaan bukan sesuatu yg mudah utk dijangka.
hari ini mungkin kita akan tersenyum bahagia.
tp ada kemungkinan hari utk kita menangis akn tiba bila bila.

dan bg diri aku sendiri.
utk ditebak soal hati dan perasaan cukup mudah.
siapa yg tak kenal faer.
ya, aku akui aku selalu tak bernasib baik bila bercakap bab hati dan perasaan.
pengalaman pahit satu ketika dahulu masih segar dlm kotak pemikiran.
kekuatan yg terbina selama 20 tahun melayari kehidupan sbg seorang manusia akhirnya tumbang juga dek kerana penangan soal hati dan perasaan.
bukan mudah menerima hakikat bahawa cinta yg terbaja indah cuma khayalan yg akhirnya memakan diri.
hari hari sepi yg dilalui bagaikan merentap seluruh kekuatan yg ada.
sungguh, ianya cukup sukar uk dilalui.
dan utk bangun semula bukan satu perkara yg mudah.
namun, sedikit demi sedikit kekuatan digubah.
dan mmg benar, masa merupakan penawar luka yg paling mujarab.

dan kini hampir setahun masa menginjak.
sudah setahun aku melalui detik itu.
yg pergi tetap pergi.
yg hilang pasti punya pengganti.
dan yg patah pasti akan ada tunas baru.

bukan mahu menidakkan.
namun, sbg seorang manusia biasa.
hakikat ini perlu diakui.

cinta datang pada yg percaya dgn kehadirannya.
aku tak pernah berdendam dgn cinta wlwpun aku pernah kecewa satu masa dahulu.
setiap hari aku bertekad utk memulakan balik semuanya.
namun, terkadang aku masih belum mampu.

menyayangi seseorang memerlukan kekuatan yg bukan sedikit.
kita perlu berkorban apa yg kita ada demi utk dia.
wlwpun terpaksa mengorbankan diri sndiri.
sbb bg aku, cinta itu suatu pengorbanan.

jujur, percaya dan ihklas.
ketiga tiga elemen ini perlu dlm setiap intrapersonal.
kadang kadang, cinta boleh membunuh kita.
dan kadang kadang juga, cinta mampu mematangkan.

dan aku tak mungkin menolak jika ianya hadir kembali.
cinta satu perasaan halus yg tumbuh dlm segenap jiwa manusia.
cuma yg mmbezakannya, utk siapa ia diterjemahkan.

satu terjemahan yg tulus ikhlas adalah lambang sebuah cinta yg betul2 tulus.
mmpermainkan perasaan insan lain samalah juga seperti mmpermainkan cinta.
namun aku memahami, dunia ini satu permainan karma.
yg berada di atas, tidak akan qiam selamanya.
dan yg di bawah, tidak semestinya akan terus mendongak.
bumi kita berputar, jam kita berpusing .
begitu juga hukum alam. semuanya bergerak pada paksinya.

dan aku juga yakin.
setiap keikhlasan kita akan menerima ganjaran yg bukan sedikit.
dan begitu jugak sebaliknya.

dan aku kini bersedia.
untuk mengharungi sekali lagi detik itu.
wlwpun pengakhirannya nnt belum tentu bagaimana.
tp aku percaya dengan satu perkara.

keikhlasan :)



bukan cinta biasa~


2 comments:

Afzainizam said...

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Selamat Menyambut Aidil adha
Selamat menunaikan ibadah korban
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

Zaty Anuar said...

uhuu.
gmbar post ni mahal kot, ada kaki kt blkg tu :))