Thursday, December 16, 2010

pelangi petang~

haih, lame da tak jenguk sini.
malas dan tidak ada apa2 rasanya yg nak dikongsi.
hurm, naseb encik futuskiller bg semangat suh hapdet gak.
heh, before sambung tgk GLEE. mari kita merepek sepatah dua.

nak cite apekah ? erm hari nie sudah enambelas haribulan Disember.
tinggal bape hari je lagik utk tarikh memuja umur :D

hidup nie penuh dgn kebetulan kan ?
kdg2 kita tak sangka pon sesuatu yg muncul dlm hidup kita.
tp kadang2 kita perlu sedar hakikat yg tak semua yg dtg dlm hidup kita, milik kita yg abadi.
hakikatnya kita tak mampu menggapai sesuatu yg mmg bukan milik kita.
lalu, apa yg pantas dibuat ?

mengelak ? sampai bila kita perlu berlari menafikan kedatangannya.
menerima? walaupun kita sedar esok lusa ianya pasti pergi semula.
menangis? buat apa ditangis sesuatu yg mampu buat kita tersenyum ?
meminta? walaupun kita tau jawapannya pasti melukakan.

kalau ianya betul milik kita, terimalah ia seadanya.
hargainya seperti ianya mmg sahih milik kita.
layarilah ia seperti sampai bila bila dia akan kekal bersama kita.

dan bila tiba masa ianya pergi.
kita harus akur, kita perlu merelakan kepergiannya.
walaupun sakit, namun seperti biasa. kita ttp perlu menerima~

seperti 7 jalur warna pelangi yg terbit di kala hujan petang.
satu saat, ia tetap akan pergi jua .